THANKS FOR THOSE YANG MENGETUK AND YANG FOLLOW THIS BLOG ^_^

Jun 11, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI!!

Hai! Hai! Hai! 
Dah lama jugak xupdate, xberblogwalking.. sebab kalau nk melayan blog nie, perlulah masa yang betul2 free..yela, kalau da melayan blog nie, bukan sejam dua, tapi berjam2 lamanya.. hehehe..

But I want to thanks to all blogger yang sudi menjenguk blog nie tanpa rasa bosan.. agak-agak cam da xde blog lain nk singgah, singgah jer la kat blog nie walaupun boring benor entry yang dipost.. hee.. kan? :)

Terima kasih banyak-banyak!

Blog nie xselalu update.. sebab kadang-kadang xtawu nk update aper.. huhuhu..
then, kalau update, asyik cerita pasal diri sendiri..xke bosan kan?
nak letak pasal cinta, diriku ini xdela jiwang sangat.. 
nak letak gosip, boleyh jer.. tapi takut kena saman.. hahaha..
 ^_^

Sorry kalau follower yang follow blog nie mungkin bosan bila bukak this blog..
but thanks!
 sebab xpernah letak harapan nak ada follower up to 100 orang..
sebab dulu saja2 jer nk buat blog.. 
konon-konon nak buat macam diari..
 tapi xtawu sebenarnya blog ni nk berkonsepkan aper..
korang layan jer la~ 
hahahaha..


Bila bukak jer blog, rasa cam Eh! betul ker korang nk follow blog nie? hee..
Anyway, thanks a lot! 

Thanks to all follower!!!! 

Kalau xnampak, kat atas blog nie ada.. hehehe.. kalau ada gambar korang, sila lah tag ramai-ramai.. 
hehehe.. :)

Jun 2, 2011

VIDEO CLIP MELETUP PREMA YIN! HOT KAN?

Hai! Hai! Hai!
Maybe ramai dah pun tengok this music video..
So, what ur opinion? Is it good? 

For me, I don't even know what to say..
Just feel bad when know that this music video diarahkan oleh orang Islam sendiri.. 
n of course, yang berlakon dalam video clip itu pun.. 

Nothing to be comment..
or else, I afraid I will be summon by the pengarah..
Sorry here, but ini bukan cara nak menaikkan industri hiburan tanah air kita..

Tapi pengarah, Gambit Saifullah ada penjelasan sendiri..Baca dan nilai lah : 

I will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
Cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
Saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
Please explain.

Credit from: ohbulan! (copy sikit..hee.. )

Korang-korang yang bijaksana, please explain..I'm not very good in explaining la.. huhuhu..
Anyway, bye bye!
For those yang xtengok lagi music video nie, enjoy! 





^_^

Jun 1, 2011

Pendebat UiTM kecewakan universiti Singapura~

Wehuu!!
Nampaknya Great Serdang Debate Championship 2011 dapat perhatian akhbar jugak yer.. 
xsangka~ thanks sebab ambil perhatian apa yang student Universiti buat..
Thanks to all media such as TV Al-Hijrah, Utusan Malaysia and others yang maybe I don't mention here..
Thanks for helping us~ ^_^


KUALA LUMPUR 30 Mei - Pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam muncul juara 'Great Serdang Debate Championship 2011' menewaskan Universiti Kebangsaan Singapura (UKS) pada pertandingan akhir yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan tiga mahasiswa Fakulti Undang-undang UiTM itu turut diiringi kejayaan berganda apabila seorang pendebatnya, Maizura Mokhsin, 20, merangkul gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir.

Dalam pusingan akhir itu, Maizura, bersama dua rakannya, Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, dan Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, bertindak sebagai penyokong kerajaan bagi tajuk "Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli Kepada Pertubuhan Yang Diasaskan Oleh Negara Penjajah Itu".

Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri.
Maizura yang ditemui pemberita kemudiannya melahirkan rasa gembira kerana persiapan rapi selama beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil.

"Sudah pasti kami bersyukur apatah lagi selepas membuat persiapan rapi termasuk menyertai pertandingan lain sebelum ini serta banyak membaca. Saingan kami pada pertandingan akhir juga hebat kerana mereka memiliki reputasi baik.

"Kami beruntung kerana mendapat bimbingan daripada Dr. Omar Salahuddin bekas pensyarah di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang juga ayah kepada Rafiq," katanya.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pasukan debat UiTM itu menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura turut menerima tambahan RM1,000 atas kejayaannya menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir.

Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia).

Sementara itu, pendebat Universiti Kebangsaan Singapura, Aji Abu, 30, turut menerima anugerah pendebat terbaik pertandingan itu,

For confirmation, bolehlah baca dekat link nie.. Thanks again to all!! ^_^



B.Y.E  B.Y.E